Wartawan suspek koronavirus dikuarantin di rumah

KUCHING: Seorang wartawan sebuah akhbar tempatan antara 21 suspek koronavirus di Sarawak yang masih menunggu keputusan ujian sampel darah dari makmal.

Wartawan yang dikenali Aina Azizah Yeo, dari akhhbar New Sarawak Tribune kini dikuarantin di rumah selepas tiga hari dikuarantin di hospital.

Difahamkan Aina disyaki koronavirus gara-gara pernah menembual lima warga negara China sebeum ini.

GagoDaily semalam melaporkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengesahkan seramai 11 pesakit baharu koronavirus direkodkan di Sarawak setakat ini.

Hospital Sibu mempunyai bilangan tertinggi dengan sembilan kes diikuti masing-masing satu kes di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan Hospital Miri.

Sebanyak 57 kes dilaporkan sejak 10 Januari lalu termasuk enam kes baharu direkodkan semalam.
 

Suara Sarawak melaporkan, pada 6 Februari, Aina mendapatkan rawatan ke klinik di Kota Sentosa untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas beberapa hari batuk dan selsema simptom yang dikaitkan dengan koronavirus.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya selesema dan batuk selepas saya melawat Padungan pada minggu kedua Januari.

"Dan secara tidak sengaja terdapat hubungan terus dengan lima warganegara China ketika temu duga di pusat beli-belah. Apabila mendengar jawapan saya, sekelip mata saya terus ditempatkan di tempat pengimbas di satu sudut terpencil.

"Kemudian datang seorang doktor dan pembantu perubatan dan menjelaskan protokol kepada saya. Saya terkejut dan tergamam dan seperti tidak percaya, realitinya saya berdepan dengan situasi ini," katanya.

Beliau memuji Kerajaan Sarawak, Kementerian Kesihatan Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kerana mengambil langkah keselamatan yang terlalu pantas.

Beliau berkata, KKM memaklumkan dia perlu dikuarantin kerana sampel badan saya dihantar ke Kuala Lumpur dan siap dalam masa 12 hari.

"Saya diberitahu, makmal akan memeriksa sampel darah dan lendir melalui pemerhatian pembiakan pada sel darah dan lendir untuk mengesan koronavirus.

"Walaupun lega dapat pulang ke rumah tetapi saya tidak boleh keluar bilik tidur kecuali untuk sedikit udara segar. Ironinya, ibu bapa dan adik saya turut sama dikuarantin di rumah. 

"Siapa sangka ini menjadi pengalaman berharga buat saya dan pada usia 24 tahun selepas tiga bulan menjadi wartawan, saya berada pada situasi individu yang saya sering tulis," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel