JBALB tanggung kerugian RM 30,000

KUCHING:Jabatan Bekalan Air Luar Bandar(JBALB) Sarawak menanggung kerugian dianggarkan RM 30,000 akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab membakar paip projek bekalan air di jalan menuju ke Kampung Munggu Kopi, Kampung Tanah Puteh dan Kampung Sebemban di Bahagian Serian baru-baru ini.

Penolong Pengarah (Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan)
JBALB Sarawak, Awang Fardillah Awang Hussin berkata, laporan polis oleh pihak kontraktor projek bekalan air telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serian Isnin.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan terhadap pihak yang melakukan perbuatan berkenaan.

"Pihak JBALB memandang serius perlakuan ini dan akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan  ," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu,beliau memohon kepada orang awam yang menyaksikan perbuatan seumpama itu di mana-mana tempat di negeri ini tampil memberi maklumat kepada pihak JBALB Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel