Jonathan Yasin u-Turn lagi
Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, memadamkan hantaran di Facebook yang menyatakan beliau masih kekal sebagai ahli parlimen PKR.
Hantaran itu dibuat hanya tiga hari selepas sekumpulan 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka menjadi ahli parlimen bebas.
"Untuk rekod, saya masih dalam PKR. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan PKR.
"Saya akan menjelaskan hal ini kepada jawatankuasa dan biro (parti) petang ini," katanya di Facebook."
Namun begitu, hantaran itu sudah lesap apabila diperiksa sekitar jam 1.50 petang lalu bertukar menjadi, "Apa-apa mengenai kedudukan saya dalan parti akan saya bincang dgn Ahli2 AJK/Biro petang ini."
Paling menarik dia masih menggunakan tagline Team Azmin #kekaltenang.