JTS sita empat jentera berat

KUCHING: Aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dikesan Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Terbaharu JTS berjaya mengesan aktiviti itu melalui rondaan dan pemantauan di Sri Aman,semalam, dengan menyita empat jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti itu.

JTS dalam kenyataan hari ini berkata,aktiviti berkenaan berjaya dikesan hasil daripada rondaan dan pemantauan dilakukan oleh jabatan itu.

""Kes disiasat di bawah Seksyen 32 A (Kanun Tanah Negeri (Bab 81). 

"Kita nasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batuan merujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan," katanya.

Sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti tersebut boleh disalurkan kepada Jabatan melalui talian 082- 444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.
LihatTutupKomentar
Cancel