Jual beli dadah online

KUCHING: Penganggur berusia 44 tahun ditahan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak DSP. Tumar anak Lunya berkata, suspek ditahan 
di hadapan sebuah rumah Lorong Nenas Barat, pada jam 4.50 petang semalam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan badan ke atas lelaki berkenaan dan pemeriksaan rumah tidak menjumpai sebarang kesalahan dadah.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap telefon milik terhadap aplikasi ‘WhatsApp’ telah mendedah satu maklumat transaksi urusan pembelian dadah secara online.

Katanya, susulan daripada maklumat yang diperolehi, pada jam 5,50 petang pasukan
serbuan bersama suspek telah pergi ke satu lokasi di tepi sebuah bangunan, Jalan
Rock, Kuching dan telah menjumpai paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan
kristal disyaki dadah jenis syabu (berat kasar 5.30 gram).

"Saspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Barang kes dirampas, saspek ditangkap dan di bawa ke Pejabat JSJN IPK
Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

"Di Pejabat JSJN IPK Sarawak, saspek menjalaniujian saringan awa awal air kencing dan telah didapati positif dadah
AMPHETAMINE dan METHAMPHETAMINE.

"Oleh itu, saspek turut disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan, jika
disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak lebih daripada 9 sebatan.
LihatTutupKomentar
Cancel