GPS sokong Dr Mahathir Mohamad terus memimpin negara
Setiausaha Agung GPS Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong sepenuhnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk terus memimpin negara kepimpinan.
Menurutnya, sokongan itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, selaku Pengerusi GPS.
Katanya, Ketua Menteri Sarawak telah mendapat mandat sebulat suara dari Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kesemua Ahli Parlimen GPS, memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengetuai kepimpinan Malaysia, demi kepentingan negara.
Ahli Parlimen Petra Jaya (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Batang Sadong (GPS),
Datuk Seri Nancy Syukri tiba bagi menghadap Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
SumberPIX: Muhd Zaaba Zakeria