Maut dilanggar pemandu warga emas


BINTANGOR: Seorang maut manakala seorang lagi patah kaki setelah dilanggar pemandu warga emas yang memandu Perodua Kelisa di Jalan Dermaga, di sini, pagi tadi. 

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 10.15 pagi itu ialah penunggang motosikal yang juga warga emas Madon Bakar, 88, manakala pejalan kaki wanita berusia 47 tahun patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pemandu kereta Perodua Kelisa itu terlebih dahulu terlanggar pejalan kaki sebelum melanggar motosikal.

"Ketika kejadian pemandu kereta itu 
memandu seorang diri dari arah salah sebuah bank dan menghala ke arah Jalan Ferry," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. 
LihatTutupKomentar
Cancel