Kantoi sorong motosikal curi
SIBU: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Begitulah nasib seorang lelaki yang berpura-pura menyorong motosikal curi dan akhirnya ditahan anggota polis.
Lelaki berusia 20 tahun tersebut memakai pakaian seragam Rela ditahan oleh polis peronda yang curiga dengan suspek.
Apabila diperiksa nombor pendaftaran motosikal adalah palsu. Suspek terus ditahan.
Suspek dilepaskan semula hari ini selepas beberapa hari direman.
Pegawai penyiasat masih menyiasat motosikal curi tersebut.