Kastam sita kontena dengan muatan Medicated Samsu

KUCHING:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Perkastaman telah menyita sebuah kontena dengan muatan Medicated Samsu menerusi satu pemeriksaan rapi di Pelabuhan Senari,di sini, Khamis lalu.

Pengarah Kastam Sarawak,Dato' Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching dan Cawangan Import/Eksport Pelabuhan Senari telah melakukan aktiviti pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena 
yang mengandungi 1000 Karton Medicated Samsu, yang diimport dari luar negara.
"Hasil kolaborasi tersebut telah mendapati pihak agen dipercayai telah membuat 
pengikraran ke atas konsaimen tersebut dengan menggunakan Lesen Import Minuman Keras yang dipercayai tidak sah iaitu tidak menepati syarat dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai import) 2017. 

"Kesemua barangan disita untuk siasatan lanjut, yang mana nilai rampasan barangan tersebut dianggarkan bernilai RM 129,679.20 dan jumlah keseluruhan cukai yang terlibat dianggarkan berjumlah RM 116,871.72," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,bertindak atas satu maklumat dari Bahagian Perkastaman, Pelabuhan Senari, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari luar negara. 

"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena tersebut, pasukan menjumpai sebanyak 1000 karton Medicated Samsu jenis Chu Yeh Ching Chiew. 

"Pemeriksaan rapi ke dokumen 
pengimportan mendapati bahawa Lesen Import Minuman Keras yang dikemukakan 
semasa import dipercayai tidak sah,"ujarnya.

Katanya,barangan tersebut disita dan dibawa ke Stor Penguatkuasaan Demak Laut untuk simpan selamat dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
LihatTutupKomentar
Cancel