Koronavirus : 16 tidak dibenarkan masuk Sarawak


KUCHING: Seramai  519 pelawat pelbagai negara termasuk Malaysia (pernah ke China) telah dirujuk ke kaunter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia, seramai 16 warga negara asing tidak dibenarkan masuk ke negeri ini.

Mereka ialah 13 rakyat China, dua rakyat Hong Kong dan seorang rakyat Indonesia.

Kesemua mereka masuk ke China dalam tempoh 14 hari.

Sebelum ini Kerajaan Sarawak mengeluarkan arahan warganegara China dan negara asing lain yang telah ke China dalam tempoh 14 hari sebelum ke Sarawak dilarang masuk ke negeri ini sehingga tempoh dimaklumkan kelak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang berkata demikian menambah, pengecualian diberi kepada mereka yang mempunyai pas kerja, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.

Bagaimanapun, mereka wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas dibenarkan masuk.

"Tindakan ini diambil sebagai sebahagian daripada langkah dan usaha kerajaan negeri Sarawak untuk mengurangkan penyebaran Koronavirus Wuhan di negeri ini," kata kenyataan itu.

Rakyat Sarawak yang kembali dari China dalam tempoh 14 hari yang lalu juga wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Warganegara China yang berada di Sarawak dinasihat agar melapor diri di Konsulat Jeneral Republik China mengenai tempat penginapan dan lokasi tujuan mereka di sini.
LihatTutupKomentar
Cancel