Kebijaksanaan Agong dan Majlis Raja-raja nokhtahkan kemelut politik


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Tindakan berhemah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan  Majlis Raja-raja (MRR) menyelesaikan kemelut politik yang mengundang kebimbangan rakyat dengan segera amat disenangi rakyat jelata.

Pada tarikh 29 Februari 2020, Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan Malaysia.

Maka berakhirlah sudah segala persoalan, mesyuarat tergempar pagi petang siang malam yang turut memenatkan para pengamal media ditambah cuaca panas terik yang mengundang simpati pihak Istana Negara. 

Keprihatinan YDPA yang memahami tugas wartawan, baginda berkenan menyumbang makanan kepada para pengamal media.

Sejak 25 Februari lalu, para bijaksana Istana Negara melalui proses yang getir di mana mereka perlu menilai, membanding dan memilih calon-calon bakal Perdana Menteri yang ke lapan setelah Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan apabila perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan (PH) tiba hingga kemuncak.

Tindakan YDPA membuka pintu seluas-luasnya kepada semua parti politik, semua Ahli Parlimen samada blok pembangkang atau blok kerajaan bagi mendengar penjelasan serta pendapat secara terbuka amat menarik perhatian rakyat yang dilihat sebagai satu tindakan adil, berhemah dan tanpa prejudis.


Penganalisis termasuk penulis turut memberi pelbagai pandangan dan nasihat agar pemilihan dibuat tidak melantik mereka yang menghasut, mengkhianat, membelot, musuh kepada YDPA dan Institusi Raja-raja Melayu, juga jangan melantik mereka yang musuh kepada negara, jangan lantik penjenayah atau bekas penjenayah, yang dibicara pun masih belum dibuktikan bersalah.

Juga diharap tidak melantik personaliti atau peribadi yang dilihat buruk atau negatif, misalnya orang yang jelas kata boleh dan halalkan liwat, mengaku menolak Islam dalam pemerintahan, mengaku dan menghasut supaya mengasingkan politik (pemerintahan) dengan agama Islam.

Tetapi lantiklah mengikut apa yang dinasihatkan Tun M dulu iaitu lantik orang yang bersih dan nampak bersih.

Sebab itu keutamaan YDPA untuk melantik Perdana Menteri dan kabinet menteri-menteri yang akan mentadbir urus negara, bagi pihak YDPA dan Majlis Raja-raja, sekali gus mencerminkan Raja-raja dan Melayu.

Ini kerana di mata rakyat, Tun M dilihat tidak stabil, letih, penat, mungkin nyanyuk dalam keputusannya bermula dengan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menyerahkan keputusan kepada YDPA untuk menyelesaikan kemelut, mengisytiharkan dirinya keluar daripada PH.

Bagaimanapun beliau dilihat u-turn masuk kembali ke PPBM, mencalonkan diri sebagai calon PM ke-8 dan kembali kepada PH.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menagih kedudukan PM ke-8 dengan sokongan padu daripada DAP kerana pernah dijanjikan kedudukan itu ketika beliau dan Tun M memeterai janji bagi mewujudkan kerjasama bersama sebelum wujudnya PH.

Bagaimanapun, beliau mempunyai rekod jenayah yang walaupun boleh diampunkan YDPA tetapi tidak boleh mereka yang terlibat dalam siasatannya serta ingatan rakyat terhadap perlakuannya.

Bezanya dia dengan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak adalah dia pernah dijatuhkan kesalahan manakala Najib masih dalam perbicaraan dan belum dijatuhkan sebarang hukuman yang boleh membuktikannya sebagai bersalah.

Di mata rakyat, Anwar bersikap hipokrit atau sesumpah yang boleh berubah pada bila-bila masa, tidak memiliki agenda lain atau perjuangan untuk rakyat jelata selain secara berterusan memperjuangkan kedudukannya untuk mendapat kuasa sebagai PM.

Dan keputusan YDPA hari ini melantik Muhyiddin sebagai PM ke-8 jelas terkecuali daripada semua kriteria di atas dan menepati semua saranan penganalisis politik.

Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis masih ada lagi puak-puak yang mahu mengadap YDPA untuk bagi bukti apa lagi? Masih tidak puas hati dan menentang YDPA?

Mereka lupakah YDPA sendiri telah menemubual SETIAP AHLI PARLIMEN dan mendapat jawapan mereka.

Adakah pihak-pihak mengatakan YDPA menipu berbohong mengenai sokongan mereka? Atau mereka yang sedang CUBA MENIPU YDPA?

Orang lain termasuk PM hanya boleh mencadangkan nama calon PM. Tidak kiralah apa alasannya.

Tapi YDPA satu-satunya yang berkuasa melantik dan membatalkannya. 

No question ask. CUKUP HANYA JIKA YDPA TAK BERKENAN. Full stop

*Penulis adalah pemegang Ahli Mangku Negara oleh YDPA, Tokoh Wartawan Rakyat oleh Sultan Pahang dan Anugerah Kajai 2014
LihatTutupKomentar
Cancel