Keenakan makanan Indonesia-Cina di Singgah Jaya Cafe


Terletak di Jalan Field Force,Petra Jaya,Kuching, Singgah Jaya Cafe sememangnya mempunyai keistimewaan sendiri.

Di sini pelanggan boleh menikmati keenakan makanan Malaysia-Indonesia hasil air tangan pasangan suami isteri yang hebat memasak.


Pemilik Singgah Jaya Cafe,Alex Ling Abdullah berkata,dia yang berasal dari Kanowit, mahir masakan Malaysia terutama hidangan masyarakat Cina.

Isterinya,Yani Farida atau lebih mesra disapa  Yani dari Bandung, Indonesia pula arif masakan terkenal dari negara jiran itu.


Keenakan air tangan chef suami isteri dua negara berjiran ini sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.


“Selain dari masakan Indonesia, Singgah Jaya Cafe turut menyediakan mee kolok Sarawak goreng, nasi goreng seperti nasi goreng ayam, seafood, tom yam, mee goreng, kueh tiaw goreng.


"Dalam perniagaan kita tidak hanya nelihat keuntungan.Apa yang penting ialah penyediaan makanan yang berkualiti kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan,"katanya.


Jika Alex menyediakan masakan tempatan,Yani pula menyediakan menu makanan istimewa Bandung.


Yani berkata,antara makanan Indonesia yang ditawarkan kepada pelanggan ialah ayam geprek, nasi liwet gepuk dan nasi liwet ayam serunding.

"Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah ayam geprek yang menjadi viral pada masa ini,"ujarnya.

Menurutnya lagi,disebabkan dia berasal dari Bandung, dia mahu mencipta masakan-masakan Sundanis 

 "Jadi orang Sarawak tak payah pergi Bandung,mereka boleh  singgah merasa masakan di Singgah Jaya Cafe untuk merasakan masakan Sundanis asli dari Bandung," katanya.

Sementara itu,pengunjung yang pernah menikmati hidangan di Singgah Jaya Cafe,Fatin Farhana Bunsu berkata,dia sememangnya merupakan pengemar makanan Indonesia.

"Saya tidak menyangka  makanan Indonesia terdapat di bandaraya Kuching.

"Rasanya memang asli dari Indonesia, pedas...saya dibawa kawan untuk datang ke sini," katanya.

Katanya, disebabkan semua makanan yang dihidangkan lazat dan enak dia sentiasa berulang kali menjadikan Singgah Jaya Cafe pilihan utama.
LihatTutupKomentar
Cancel