Kelindan maut, lori langgar bas sekolah

SIMUNJAN: Selepas beberapa jam bertarung nyawa, salah seorang kelindan lori yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Kampung Jerok Telagus,simpang Simunjan, Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi meninggal dunia.

Mangsa dikenali sebagai Jong Khiam Yuan, 21, disahkan meninggal dunia pada jam 11.22 pagi disebabkan kecederaan parah yang dialami dalam bahagian badan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Balai Ringin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata,mangsa yang duduk di bahagian pintu penumpang sebelah kiri dan seorang lagi rakan mereka yang duduk di bahagian tengah telah tersepit antara bahagian hadapan lori dan belakang bas yang remuk teruk. 

"Lori itu cuba untuk memotong bas berkenaan yang sedang berhenti untuk mengambil pelajar sekolah di tepi jalan dan sudah memasang isyarat untuk memotong. 

"Walaubagaimanapun, terdapat sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda(4WD) di belakang lori berkenaan yang mahu memotong lori tersebut dan memasang lampu tinggi. 


"Untuk mengelak daripada di langgar oleh kenderaan tersebut, pemandu lori baja itu belok ke kiri jalan lalu merempuh bahagian belakang bas sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel