Kilang langkau di Sibu diserbu

SIBU: Unit Marin, Cawangan Penguatkuasaan serta Unit Industri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu menyerbu kilang arak langkau tanpa lesen  di Jalan Durin,di sini, melibatkan anggaran cukai dan nilai RM 262,547.86

Dalam serbuan Rabu lalu, jam 1.30 petang pihak Kastam melakukan pemeriksaan di belakang sebuah rumah kediaman di Jalan Upper Durin.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, hasil pemeriksaan telah menjumpai sebuah kilang memproses arak putih (langkau) yang dipercayai beroperasi tanpa lesen pengilangan di bawah Akta Eksais 1976.

"Antara barangan yang disita dalam serbuan tersebut termasuklah arak langkau yang telah dimasak dan sedia untuk dijual dianggarkan sebanyak 964 liter, bahan mentah (tapai) dianggarkan sebanyak 35,700 liter.



"Turut dirampas ialah alat-alat dan bahan-bahan untuk proses penapaian dan penyulingan seperti tong besi, dapur gas, periuk, gula pasir, gula apong, yeast dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan telah menjumpai 
sebuah pondok kira-kira 150 meter dari sebuah rumah (kawasan belakang) 
yang digunakan sebagai tempat membuat dan menyuling arak putih (langkau). 


"Tempat tersebut telah diperiksa dan didapati menempatkan peralatan-peralatan untuk membuat arak putih (langkau) tanpa lesen dan beberapa tong arak putih yang telah siap diproses,"ujarnya.

Katanya,barang kes telah disita dan di bawa ke pejabat Penguatkuasaan JKDM Sibu untuk tindakan selanjutnya. 

"Seorang rakyat tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Eksais 1976 telah ditahan untuk siasatan lanjut,"jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 74 dan 75, Akta Eksais 1976 iaitu mengilang 
dan memiliki alat suling tanpa kelulusan.
LihatTutupKomentar
Cancel