3 orang tentera ditangkap miliki dadah


SIBU: Tiga anggota tentera ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam operasi di sebuah bilik di Jalan Off Central dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan tangkapan itu berkata, tangkapan melibatkan tiga anggota tentera itu dibawah Sek.12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek.15 (1)(a) ADB 1952.

Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang diketuai oleh Sub-Inspektor Zulkarnain Abu Hassan yang dibuat sekitar 2 petang mendapati tiga lelaki semua berumur 22 tahun berada di dalam bilik tersebut.

Pemeriksaan bilik yang disaksikan oleh ketiga-tiga suspek, polis Narkotik Sibu telah menjumpai sepeket plastik lutsinar berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.70 gram (dianggarkan bernilai RM150) di atas meja kecil tepi katil didalam bilik tersebut. 

Barang kes kemudian dirampas dan ketiga-tiga subjek dibawa balik ke pejabat BSJND Sibu untuk tindakan selanjutnya. 

Siasatan awal ketiga-tiga suspek mengaku dadah di atas meja didalam bilik tersebut milik bersama yang dibeli secara kongsi.

Reman akan dipohon esok di Mahkamah Sibu.
LihatTutupKomentar
Cancel