King Wei bos LPKP Sarawak
KUCHING: Adun Padungan, Wong King Wei dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelesanan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 30 Januari hingga 29 Januari 2022.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, King Wei menggantikan kedudukan Dr. Lawrence Tsue yang kontraknya tamat tempoh pada 1 Disember tahun lalu.
Beliau berkata, LPKP Sarawak adalah agensi utama di bawah Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab mengawal selia kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam darat di negeri ini.
"Pelantikan itu mengikut Artikel 6 di bawah Akta LPKP 1987 (Akta 334)," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan akan sentiasa menyokong pembangunan pengangkutan darat di Sarawak selari dengan Polisi Pengangkutan Kebangsaan 2019- 2030.