Dicekup tepi jeraya angkara dadah
KUCHING: Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik IPD Padawan memberkas lelaki tempatan berumur 31 tahun di tepi jalan Kampung Haji Baki di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan berkata BSJND Padawan Supritenden Aidil Bolhassan berkata, suspek disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas saspek telah berjaya merampas dadah jenis syabu, berat kasar 0.30 gram dan harga rampasan bernilai RM50.
"Hasil saringan awal air kencing saspek didapati positif dadah jenis Amphetamine/ Mathamphetamine," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, saspek disiasat di bawah seksyen 12(2)ADB 1952 yang membawa hukuman denda RM100,000 dan penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Saspek telah direman selama empat hari bagi menjalankan sisatan selanjutnya.