Kolej Kesihatan Awam Kuching tempat kuarantin


KUCHING: Kolej Kesihatan Awam Kuching akan dijadikan sebagai penempatan kuarantin disyaki koronavirus sekiranya pesakit positif.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagaimanapun katanya, belum ada kes positif koronavirus dilaporkan setakat ini.

“Pesakit yang dilaporkan sakit biasa hanya akan dikuarantinkan di hospital,” ujar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sebanyak 32 kes disyaki koronavirus dilaporkan setakat ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 kes koronavirus negatif dan lapan masih menunggu ujian sampel darah.

Lapan kes yang masih menuggu ujian sampel darah tersebut melibatkan enam kes di Kuching dan masing-masing satu kes di Bintulu dan Miri.

Uggah berkata, Kerajaan Sarawak juga akan membeli dua pengimbas haba baharu yang akan ditempatkan di lapangan terbang Sibu dan Bintulu.

Katanya, Sarawak kini telah mempunyai dua pengimbas haba iaitu masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Miri.

“Kita juga telah membeli pengukur suhu bagi semua Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) untuk memantau suhu mereka yang keluar masuk sempadan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel