Kongkang sesat dalam tandas
SARIKEI: Anggota bomba Sarikei menangkap seekor kongkang dipercayai sesat ke dalam tandas sebuah rumah di Lorong 1A, Jalan Pandan di sini.
Penyelia pasukan, PBKII Haron Jenai berkata, selepas kongkang tersebut ditangkap ia dilepaskan ke habitat asal.
Pasukan Bravo BBP Sarikei menerima panggilan pada jam 6.30 pagi tadi sebelum bekerjar ke tempat kejadian.