Kastam rampas rokok seludup bernilai RM 357,500
SIBU:Sebanyak 500,000
batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak lulus kastam telah dirampas
dengan anggaran nilai dan cukai terlibat sebanyak RM 357,500.
Pengarah Kastam Sarawak,Dato' Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,pada jam 10.15 pagi Selasa lalu,
sepasukan anggota Operasi dan Marin, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sibu telah
membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan yang ditemui
berhampiran kawasan jeti Kapit dan Song Ship Cargo Sibu.
"Hasil pemeriksaan ke atas 50 mastercase, sebanyak 500,000
batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak lulus kastam telah dirampas.
"Hasil daripada maklumat perisikan, sejumlah rokok yang disyaki tidak lulus
kastam akan dihantar ke destinasi pedalaman di Sarawak mengunakan kapal
kargo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,rokok-rokok tersebut dipercayai akan dipunggah mengunakan jeti awam
di Jalan Temple Sibu.
"Barang kes telah disita dan dibawa ke
pejabat penguatkuasaan Sibu untuk tindakan selanjutnya.
"Rokok-rokok yang tidak lulus kastam dipercayai diseludup masuk melalui jalan
laut dan akan dihantar ke peruncit-peruncit di kawasan pedalaman seperti Kapit
dan Song mengunakan kapal kargo tempatan bagi mengelak daripada dikesan
oleh anggota penguatkuasaan,"ujarnya.
Beliau berkata,bungkusan-bungkusan rokok tersebut telah diletakkan sementara di kawasan jeti
sebelum dimuatnaik ke kapal kargo untuk dibawa ke destinasi seterusnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.