Terjun dari lori sampah selamat diri


MIRI: Pekerja lori sampah terseliuh pada bahagian kaki selepas bertindak terjun untuk menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran membabitan lori sampah pada jam 7.40 pagi tadi.

Manakala dua lagi pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian di jakan Bintulu - Miri.

Mangsa diberi rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital oleh unit EMRS.
 
Mangsa yang terseliuh kaki dikenali John Jokok dan dua mangsa tidak mengalami kecederaan dikenali Imran dan Dedek (Kesemua pekerja warganegara Indonesia)

Dalam kejadian kebakaran tersebut sebuah lori sampah milik Sykt Seni Bumi Contractor Sdn. Bhd yang dinaiki tiga orang pekerja telah terbakar 100% pada bahagian hadapan lori.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berkata, selesai api dipadamkan sepenuhnya, pihak Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja flushing kesan minyak di lokasi setelah lori tersebut dialihkan ke bahu jalan.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran saluran," katanya dalam kenyataan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel