Kuda Minum dibina semula?
LAWAS : Susulan kejadian monumen semula jadi di Pantai Tusan Miri iaitu ‘kepala kuda minum air’ yang telah runtuh seperti dilaporkan semalam, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin mencadangkan agar dibina sebuah monumen tiruan bagi menggantikannya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitahu berita mengenai runtuhan itu sangat menyedihkan seluruh rakyat terutamanya warga Miri sambil menyifatkan monumen berkenaan adalah antara tarikan penting untuk pelancong yang berkunjung ke Miri.
“Ini merupakan peristiwa yang sangat sedih sekali bagi kita di Miri kerana ini adalah satu tarikan pelancongan yang penting di Miri. Kita perlu membuat siasatan punca ia berlaku dengan secepat mungkin.
“Dan juga bagaimana kita boleh membina kepala kuda itu nanti. Saya ingin cadangkan supaya kita bina semula. Kita tahu memang itu semulajadi tapi kita cuba bina yang tiruan.” ujarnya semasa ditemui wartawan TVSarawak selepas menghadiri Majlis Pelancaran GPS Zon Lawas petang Sabtu.
‘Kepala kuda’ yang seakan-akan sedang minum air yang menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal dan terletak di pantai Tusan di sini, dilaporkan runtuh pada semalam.
Berdasarkan satu video yang dimuat naik oleh saluran Durian Flix di Youtube, penduduk di sekeliling kawasan berkenaan turut terkejut mengenai kejadian itu.
Salah seorang saksi menyatakan bahawa ‘kepala kuda’ itu masih kelihatan semenjak beberapa hari lalu, namun tidak menyedari ia telah runtuh.
Beberapa saksi yang juga merupakan pekerja di tapak pembinaan turut mengesahkan bahawa ikonik pelancongan berkenaan telah runtuh namun tidak mengetahui punca ia runtuh.
Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib mengenai perkara ini.
Manakaka, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni melalui kiriman beliau di laman facebooknya berkata.
“Pagi tadi saya menerima kiriman msg dan video tular mengenai Drinking Horse Tusan Cliff telah runtuh. Saya turut ditanya mengenai hal ini oleh masyarakat prihatin dan wartawan.
“Saya terus ke Tusan dan saya ingin mengesahkan bahawa struktur Drinking Horse Tusan Cliff adalah berita benar. Saya amat bersedih atas kehilangan ikon Tusan yang menjadi tarikan pengunjung selama ini.
“Kejadian berlaku pada malam tadi dan saya ingin mendapatkan penerangan daripada pihak berkuasa. Pantai Tusan menjadi viral apabila kemunculan “Blue Tears” beberapa tahun lepas dan sebaik sahaja viral tersebut Pantai Tusan menerima pelawat dan menjana ekonomi setempat.
“Maka Drinking Horse telah menjadi insta worthy atau image yang sering dimuat naik di lamak social media instagram dan facebook. Terasa satu kehilangan keindahan semulajadi yang sukar untuk diganti dan proses terbentuk ikonik Drinking Horse tusan ini memakan masa puluhan tahun. Saya rakam gambar bersama wartawan akhbar cina di tempat kejadian sebentar tadi.” ujarnya.
“Batu ini terbentuk daripada batu pasir yang lembut. Saya sudah meramalkan ia akan runtuh bila-bila masa,” katanya mengulas kejadian itu hari ini.
Menurut Musa, pihaknya pernah membuat kajian pemetaan geologi batu kepala kuda berkenaan.
“Pada kecerunan 45 darjah, didapati batu itu terbentuk daripada batu pasir dengan gerbang ditengah. Saya sendiri berlari pantas bila melalui gerbang itu kerana bimbang ia runtuh.”
Beliau turut mempersoal geologis kerajaan yang meluluskan pembinaan di atas tebing Tusan tersebut.
“Saya khuatir bangunan yang dibina itu akan mengelonsor ke kawasan pantai,” katanya.