Jari bengkak akibat cincin
SARIKEI : Tidak tahan lagi menanggung kesakitan kerana jari tangan yang semakin membengkak akibat cincin yang dipakai, seorang lelaki berusia 27 tahun pergi ke hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan mengeluarkan cincin tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 7.50 malam tadi.
"Sebaik menerima panggilan BBP Sarikei bergegas ke hospital berkenaan untuk menghulurkan bantuan.
"Lima anggota dikerahkan bagi mengeluarkan cincin yang tersekat di jari manis di tangan kanan mangsa,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pihak Bomba membantu memotong cincin itu dengan menggunakan peralatan khas.
"Cincin berkenaan telah berjaya ditanggalkan daripada jari mangsa pada 8.44 malam,"ujarnya.
Katanya,mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjut.