Penunggang superbike maut


MERADONG: Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan pada jam 8.45 pagi tadi di Jalan  Tulai, Bintangor tidak jauh dari Stesen Petronas, Tulai. 

Mangsa Simon Ting Yew Hock mengalami kecederaan parah maut ditempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa yang datang dari arah Sarikei dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian pintu penumpang sebelah kiri kenderaan sebuah kenderaan. 

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kenderaan  bersama anak perempuan dan emaknya dari arah Sibu hendak masuk ke simpang rumah tidak bernombor sebelah kanan jalan dan penunggang motosikal dari arah Sarikei hendak ke Sibu.

"Kemalangan jalan raya berlaku semasa pemandu yang dari arah sibu hendak masuk ke simpang rumah tidak bernombor di sebelah kanan jalan," katanya dalam kenyataan.

Pegawai Kesihatan yang sampai di tempat kejadian mengesahkan penunggang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. 

Mayat Penunggang telah dibawa ke hospital Sarikei. 

Bagaimanapun, pemandu  serta penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
LihatTutupKomentar
Cancel