Ladang sawit diserbu

BINTULU: Stor simpanan barang dalam ladang kelapa sawit dijadikan pusat stok bekalan minyak tanpa lesen.

Bagaimanapun, ladang kelapa sawit yang beroperasi di kawasan Batu 26 Jalan Bintulu-Miri itu diserbu pasukan Polis Marin Bintulu jam 2.30 tengah hari tadi.

Dalam serbuan itu sebanyak 4,000 liter minyak diesel dan 160 liter petrol dirampas.


Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu, Nazari Hassan berkata, serbuan yang dijalankan menemukan sejumlah bahan api terbabit yang diletakkan di perkarangan stor.

"Ada yang diletakkan atas belakang sebuah lori yang turut diparkirkan di hadapan stor terbabit. 

"Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai pemilik stor berkenaan turut ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui siapa dalang di sebalik kegiatan penyeludupan bahan bakar itu. 

"Kes akan diserahkan KPDNHEP Bintulu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan (AKB) kerana menyimpan barangan kawalan berjadual di lokasi yang tidak dilesenkan atau beroperasi tanpa lesen sah.
LihatTutupKomentar
Cancel