Udara kurang sihat akibat kebakaran


Miri: Indeks pencemaran udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan tidak sihat manakala bandar raya Miri mencatatkan bacaan sederhana sehingga jam 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), ILP Miri mencatatkan bacaan 126 (tidak sihat) manakala bandar raya Miri 96 (sederhana).
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, IPU di sini melonjak naik berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasan Baram seluas 700 ekar melibatkan Lot 3711 dan 3393.

“Bagaimanapun, kebakaran belukar dan tanah gambut di situ sudah berjaya dipadamkan dan dikawal malam tadi.”

“Tiada tompokan api baru dan tinggal asap disebabkan kebakaran yang menyebabkan keadaan kawasan sekitar kuala Baram agak berjerebu,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun keadaan berjerebu jauh berkurangan berbanding hari pertama dan kedua.

Rondaan sepanjang masa tetap dijalankan oleh pihak Naim dan Bomba bagi mengesan dan memadam tompokan baru.

Katanya, semalam mereka menggunakan tangki air Primeover 20,000 untuk memadamkan kebakaran sepanjang ditepi jalan Kuala Baram menuju ke Curtin University.

Hari ini operasi pemadaman ditumpukan di kawasan ladang tembikai di belakang Go-Kart yang masih aktif mengeluarkan asap.
LihatTutupKomentar
Cancel