Lelaki bakar kereta ditahan

SARIKEI: Lelaki warga Indonesia dipercayai kurang siuman bertindak membakar kereta di Jalan Nyelong ditahan pagi tadi.

Ketika kejadian suspek bersama rakannya memandu kereta dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

Lelaki berkenaan tiba-tiba dikatakan naik angin dengan memakar kereta berkenaan dengan menggunakan mancis dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi.

Mangsa selamat apabila sempat keluar setelah menyedari kereta berkenaan terbakar.

Kejadian tersebut menyebabkan kekecohan mengakibatkan kereka Toyota Kijang milik mangsa musnah dan orang ramai mengerumuni tempat kejadian.

Angggota bomba dari Balai Sarikei bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran sebaik menerima laporan daripada orang awam.
 
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan merujuk kes terbabit kepada pihak Hospital Sarikei sebagai tindakan susulan. 

“Hasil siasatan, rakan lelaki itu ingin menghantar suspek berjumpa keluarganya di Indonesia. Kedua-duanya dipercayai dalam perjalanan dari Sibu.

“Kita juga masih menunggu ahli keluarga untuk mengambil lelaki ini di Balai Polis Sarikei. Kenderaan yang dibakar oleh lelaki tersebut mempunyai nombor pendaftaran dari Indonesia,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel