Mahathir mahu segala rancangan dia diteruskan, Azizi Safar
Oleh Azizi Safar
Bila Mahadet umum dia meletak semua jawatan Kerajaan dan parti dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2002, seluruh negara terkejut.
Ya, Mahadet akan lakukan sesuatu bila orang tidak jangka dia akan lakukan perkara itu. Mahadet jugak tidak akan lakukan sesuatu kerana didesak oleh sesiapa pun, seperti melepaskan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.
Kenapa Mahadet letak jawatan pada 2002 walaupun dia sedar Pak Lah Badawi akan menjadi pengganti dia?
Pada masa itu Pak Lah Badawi adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar Ibrahim yang sebelum itu Mahadet selalu kata akan pasti jadi penggantinya kena pecat dari jawatan Kerajaan dan parti pada 1998. Kata orang putih, heir apparent.
Ada kawan pernah tanya aku soalan seperti itu dulu.
Aku jawab, "dalam kepala Mahadet dia percaya Pak Lah Badawi bekas seorang pegawai tadbir, Pak Lah Badawi akan hanya meneruskan kesemua dasar dan projek yang dimulakan oleh dia. Mahadet juga yakin Pak Lah tidak akan perkenalkan dasar-dasar baru atau projek baru bagi menggantikan projek-projek legasi Mahadet."
Namun jangkaan Mahadet itu tidak berlaku. Pak Lah Badawi membatalkan Projek Jambatan Bengkok dan menangguhkan pelaksanaan Projek Rel Berkembar Elektrik yang merupakan dua projek legasi Mahadet.
Selain itu Pak Lah Badawi juga memperkenalkan Islam Hadhari dan pembangunan Koridor-Koridor Ekonomi baru. Kejayaan besar BN pada PRU 2004 di bawah Pak Lah Badawi juga dicemburui oleh Mahadet. Ini semua menjadi antara sebab Mahadet mula gerakan politik menjatuhkan Pak Lah.
Baca apa Mahadet sebut baru-baru ini selepas menyampaikan ucaptama sempena Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS).
“Bila saya buat keputusan untuk letak jawatan pada 2002, saya percaya segala rancangan yang berjaya akan diteruskan supaya kita dapat capai Wawasan 2020 dan menjadi negara maju.
“Tetapi saya lihat, bila letak jawatan, ada pertukaran dari segi pemikiran dan dasar disebabkan kepemimpinan baharu yang nak perkenalkan cara tersendiri.
Najib Razak pun macam Pak Lah Badawi juga. Dinaikkan dan diturunkan oleh Mahadet kerana tidak menjadi "pentadbir legasi tinggalan Mahadet".
Najib Razak pun nak tinggalkan legasi sendiri juga. Well, every PM pun nak buat begitu. Najib Razak dengan 1MDB, TN50 dan macam-macam lagi.
Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali jika dia jadi PM. Belum jadi PM pun dia dah buat begitu semasa dia hanya TPM kepada Mahadet.
Mahadet buat Wawasan 2020, Anwar Ibrahim perkenalkan Masyarakat Madani.
Hangpa agak-agak Mahadet akan benarkan Anwar Ibrahim jadi PM selepas dia?
Kedit gambar UMNO Online
#masalahdonia jugak ni pun.