Lelaki buta dapat melihat selepas dilanggar
Seorang lelaki Poland yang dikatakan telah buta selama 20 tahun dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan.
Bagaimanapun, Janusz Goraj, dari bandar Gorzow Wielkopolski berasa bertuah sebab penglihatan kembali pulih, jadi celik selepas dilanggar...
Dia buta sepenuhnya pada mata kiri dan kanan hanya dapat melihat cahaya dan kabur.
Masalah penglihatan dialami bermula disebabkan kesan sampingan alergi teruk.
Namun pada dua tahun lalu, ketika Goraj lintas jalan dan dilanggar kereta sebelum terhantuk kepalanya di bumbung kereta serta jalan raya ketika jatuh.
Dia juga mengalami kecederaan di pinggang dan terpaksa menjalani pembedahan.
Dia terpaksa tinggal beberapa minggu di hospital selepas pembedahan dan satu hari dapati bila buka mata terkejut melihat banyak cahaya dan bayangan.
Goraj mula nampak lebih jelas dan memberitahu doktor yang merawatnya.
"Penglihatannya bertambah baik dalam tempoh dua minggu. Kami tak tahu apa puncanya, mungkin campuran ubat yang diterima, jelas jurucakap Independent Public Provincial Hospital, Agnieszka Wisniewska kepada Polsat News.
Kejadian itu hanya mendapat perhatian portal berita pada bulan lalu.
Goraj bagaimanapun menolak untuk ambil bahagian kajian perubatan untuk bantu doktor menyelesaikan persoalan macam mana matanya boleh kembali pulih.
Dalam pada itu, Goraj kini mengalami kehidupan normal dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital sama.
Apa-apa boleh berlaku kan? Siapa sangka musibah atau dugaan dihadapi lelaki buta sebelum ini, menjadi satu keajaiban dengan dapat kembali melihat seperti orang lain.