Lelaki cuba bakar rumah sendiri?


BINTULU:Pihak Polis mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk seorang lelaki yang bertindak cuba membakar rumahnya sendiri di Lorong 6,Taman Asean, di sini, malam ini.

Pada mulanya pemilik rumah  dilaporkan enggan memberi kerjasama membuka pintu apabila diarahkan oleh pihak polis untuk berbuat demikian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 9.22 malam.

"Pihak Bomba menerima pangilan
daripada jiran rumah mengatakan ada cubaan membakar rumah sendiri.


"Jiran yang terhidu asap dan juga ternampak pemilik rumah seperti mambakar sesuatu di dalam rumah bertindak menghubungi talian kecemasan 999," katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak polis bertindak memujuk pemilik rumah membuka pintu.

"Setelah suspek memberi kerjasama dengan membuka pagar dan pintu utama, pihak polis bersama pihak Bomba berjaya masuk ke dalam.

"Didapati pemilik rumah tersebut telah membakar sampah di dalam sebuah tong di tingkat dua, namun kebakaran tiada melibatkan struktur,"ujarnya.

Beliau berkata,akhirnya pemilik rumah berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 "Punca serta niat sebenar dia bertindak demikian belum dapat diketahui," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel