Lima kerusi untuk calon boleh menang

SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon yang hanya boleh menang di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 tidak lama lagi.

Lima kerusi terbabit ialah Dudong, Bukit Assek, Nangka, Bawang Assan dan Pelawan akan mengetengahkan calon yang boleh menang sahaja.
"Sibu memang menjadi masalah. Letak-letak calon, kalah. Kita sekarang akan memberikan lima kerusi tersebut kepada calon yang boleh menang," katanya ketika berucap pada Pelancaran GPS Zon 9 Sibu semalam.
Abang Johari berkata, dasar dan polisi yang ditadbir GPS tidak 'Flip-Flop' seperti Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, Kerajaan PH sentiasa tidak mempunyai ketentuan polisi dan dasarnya yang sering bertukar-tukar dan tidak tetap.

"Terlalu banyak 'Flip-Flop' dari kerajaan pusat ketika ini. Kita GPS mempunyai dasar dan polisi yang stabil dalam usaha kita menjadikan Sarawak negeri termaju di Malaysia menjelang 2030," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel