Lori baja rempuh bas sekolah

SIMUNJAN: Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lori dan bas sekolah berdekatan Kampung Jerok Telagus,simpang Simunjan,Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi.

Mangsa yang cedera ialah dua kelindan lori dikenali Liew Yi Peng dan Cheng Boon Hock dan pemandu lori.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.07 pagi.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) telah digerakkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan baja melangggar bahagian belakang kenderaan jenis bas sekolah.

"Semasa kejadian bas sekolah membawa 20 orang murid sekolah, namun kesemua penumpang serta termasuk pemandu bas selamat dalam kejadian ini,"katanya di sini hari ini.
Katanya,dua mangsa lelaki kedua duanya kelindan lori terperangkap dalam lori tersebut. 

"Pemandu lori berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba sampai.

"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa dengan menggunakan peralatan khas, dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan,"ujarnya.

Beliau berkata, pemandu lori lelaki mengalami cedera luka kaki kanan dibawa Unit EMRS ke Hospital Serian. 

"Seorang lelaki kelindan patah kaki kiri, juga dibawa ke Hospital Serian menggunakan kenderaan Ambulan Klinik Balai Ringin,"katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel