Sarawak bebas koronavirus

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengesahkan tiada jangkitan novel koronavirus dikesan setakat ini.

Seketariat Jawatankuasa Pengutusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, untuk memastikan Sarawak bebas daripada koronavirus, dasar imigresen akan terus dikuatkuasakan.

Menurutya, semua warga asing (tanpa mengira negara) yang telah ke China dalam tempoh 14 hari lalu dilarang masuk ke Sarawak

"Semua rakyat Malaysia (bukan pemastautin Sarawak) yang telah ke China selama 14 hari lalu adalah dinasihatkan tidak masuk ke Sarawak sehingga tempoh kuarantin selama14 hari di rumah selesai sepenuhnya serta disahkan bebas koronavirus," katanya.

Beliau berkata, semua penduduk Sarawak dan PR Sarawak, pekerja dan pelajar yang mempunyai visa yang telah mengunjungi China dalam 14 hari yang lalu mesti dikuarantin selama 14 hari," katanya.

Katanya, mereka akan tertakluk kepada pemantauan rawak oleh pihak pihak berkuasa.

"Semua tindakan diambil sebagai sebahagian daripada langkah-langkah untuk mengurangkan penyebaran koronavirus," katanya.

Semalam, 
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 24 kes koronavirus negatif dan lapan masih menunggu ujian sampel darah di Sarawak.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut kesemua 32 kes disyaki koronavirus yang dilaporkan setakat ini.

Katanya, lapan kes yang masih menuggu ujian sampel darah tersebut melibatkan enam kes di Kuching dan masing-masing satu kes di Bintulu dan Miri.

"Kesemua 32 kes yang disyaki melibatkan 16 kes di Kuching, lapan kes di Sibu, tiga kes di Bintulu dan lima di Miri dimana 24 kes warganegara Malaysia, tujuh kes warganegara China dan satu kes warganegara Thailand.

“Lapan kes yang masih menunggu keputusan makmal adalah dari warganegara Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan wabak koronavirus.

Menurutnya, sebanyak 16 pelancong asing yang melawat China dalam tempoh 14 hari sebelum ke Sarawak telah dilarang masuk ke negeri ini.
LihatTutupKomentar
Cancel