LPKP mahu naiktaraf bas henti henti
KUCHING, 20 Feb: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak akan menambahbaik perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama negeri ini dengan peruntukan sebanyak RM4 juta dari kerajaan pusat.
Pengerusinya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei berkata demikian dengan RM4 juta terbabit bagi program pemberian subsidi yang membantu syarikat bas awam menyediakan perkhidmatan bas henti-henti mereka di laluan bandar utama di Sarawak.
"Ini supaya mereka (syarikat bas) tidak hanya mengambil kira ( menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di ) laluan yang menguntungkan sahaja tetapi juga di laluan tidak begitu menguntungkan tetapi penting bagi mewujudkan jaringan bas yang baik di bandar,"katanya selepas melapor diri sebagai Pengerusi LPKP Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga, di sini, hari ini.
Wong berkata ini kerana keseluruhannya sebanyak 227 lesen bas henti-henti sudah dikeluarkan LPKP Sarawak di negeri ini dan sekitar 60 lesen itu bagi operasi bas henti -henti di bandar raya ini dan percaya
bilangan lesen terbabit masih belum mencukupi bagi keperluan Sarawak.
"Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan saya yang (kualiti) perkhidmatan bas awam (henti-henti) kita ketika ini adalah setaraf kosong atau tidak ada,"katanya dan masalah terbabit bukan disebabkan monipoli!d
Selain subsidi, lembaga LPKP Sarawak juga akan memastikan laluan dilalui bas henti-henti di negeri ini mengikut pelan menambahbaik jaringan perkhidmatan bas itu sebelum mengeluarkan lesen terbabit.
Katanya setakat ini lembaga terbabit sudah mengeluarkan sebanyak 49, 991 lesen kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan di negeri ini dan pihaknya selepas ini akan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mengetahui masalah dihadapi.
tamat
keterangan gambar:
1. Wong King Wei meletakkan jari pada mesin pengimbas ketika melapor diri sebagai Pengerusi LPKP Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga, di sini, hari ini.