Lelaki Indonesia diberkas miliki dadah


BINTULU: Seorang lelaki warganegara Indonesia diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 30.10 gram yang dianggarkan bernilai RM4,500.

Tangkapan dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bintulu (BSJND) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Bintulu-Bakun pada jam 10.50 pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata,
dalam serbuan itu,pihaknya menjumpai satu kotak rokok putih jenama M2 di bawah tangga rumah.

"Pemeriksaan yang dijalankan menjumpai satu paket plastik lutsinar mengandungi 22 keratan tiub straw lutsinar yang setiap satunya berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif pengambilan sebarang jenis dadah. 

"Hasil semakan yang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penggedaran dadah dan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, malah suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan serta perjalanan diri yang sah," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel