Mahu pinjam RM30,000, kena tipu RM15,000

SIBU: Seorang ahli perniagaan wanita ditipu 'ah long palsu' gara-gara mahu meminjam wang RM30,000.

Mangsa berusia 39 tahun sebelum itu melihat syarikat peminjam wang  menerusi Facebook dan berhubung.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek kemudian mahu mangsa melakukan beberapa dokumentasi sebelum dapat memberikan pinjaman wang M30,000.

"Dia (mangsa) kemudian diminta untuk membayar wang pendahuluan  termasuk yuran proses, insurans dan sebagainya," katanya.

Katanya, selepas memasukkan wang sebanyak RM15,000, mangsa menunggu suspek membayarnya wang RM30,000 seperti yang dijanjikan.

"Suspek kemudian meminta lagi wang untuk urusan dokumentasi lain. Mangsa menyatakan tidak mempunyai wang lagi.

"Sejak dari itu, mangsa gagal menghubungi suspek," katanya.

Mangsa yang merasakan ditipu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sibu Jaya semalam.
LihatTutupKomentar
Cancel