Kelab Saberkas di Kolej Segi
Setiausaha Agungnya, Safiee Ahmad berkata demikian dengan pertubuhan itu yang ada seramai 46,000 ahli dan 72 cawangan di seluruh negeri ini akan kekal bebas dari politik.
"Bagi Saberkas ini biarlah kita jangan terlibat dalam politiklah, biarlah kita fokus kepada belia.Kita rasa parti politik (di Sarawak) sudah banyak , jadi biarlah Saberkas ini fokus dengan belia,"katanya selepas merasmikan Kelab Saberkas Segi di Kolej Segi Sarawak, King Centre, Jalan Simpang Tiga, di sini, hari ini.
Safiee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro berkata dalam Saberkas ahlinya adakah dari pelbagai kaum dan mereka tidak melihat kepada fahaman politik.
"Kita tidak pernah mengambil kira pun latar belakang politik ahli kerana hala tuju kita jelas sebagai bukan (penyokong) parti politik tetapi organisasi belia sahaja dan kekal sebagai badan bukan kerajaan (ngo),"katanya.
Beliau berkata ketika ini Saberkas yang ada 72 cawangan di seluruh negeri ini sedang berusaha menambah cawangan terbabit sehingga ada sebanyak 82 cawangan.
"Bagi memudahkan dari segi pentadbiran kita mengunakan persempadanan (cawangan Saberkas) mengikut persempadanan ( 82) ADUN di Sarawak,"katanya.
Sementara itu, mengenai samada Saberkas akan menjadi antara pemerhati pilihan raya negeri akan datang, Safiee berkata pihak akan menimbangkan perkara itu sekiranya ada keperluan belia terlibat menjadi pemerhati pilihan raya terbabit.
"Tapi ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana SPR ada kriteria tertentu bagi membolehkan ngo memohon sebagai pemerhati proses pilihan raya," katanya.