Malaysia mencipa sejarah baru?



8.30malam:
Media berkumpul menunggu sidang media oleh Tun Dr. Mahathir. PC 
Semua wakil masih 'kunci mulut'.

PIMPINAN UMNO dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini sudah berada di Istana Negara selepas menerima perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pegawai Ahmad Zahid yang enggan namanya disiarkan berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hanya hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk 15 minit.

Selepas tiba di Menara Dato’ Onn pada jam 5.45 petang, beliau berkata, Ahmad Zahid memberikan amanat kepada ahli MKT sebelum

BH Online melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang enggan namanya didedahkan berkata tiada perkara besar atau maklumat penting akan dibuat di Menara Dato Onn.

Sebaliknya, beliau berkata, perkembangan paling penting dan bakal melakar peristiwa akan berlaku dalam tempoh beberapa jam, selepas mesyuarat khas MKT di ibu pejabat UMNO yang baru selesai.

8.10 malam
Satu mesej tersebar yang meminta para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke kediaman Presiden PKR di Segambut di sini malam ini.

Mesej itu mempelawa orang ramai hadir menyatakan sokongan dan memohon perlindungan daripada sebarang “kejahatan” yang berkemungkinan berlaku.

7.31 petang:
Istana Negara - Sejumlah 28 kenderaan dilihat meninggalkan Istana Negara. Kesemuanya dilihat bergerak dalam beberapa kumpulan.

Kumpulan pertama dilihat keluar kira-kira pada pukul 7.25 petang, manakala kumpulan terakhir, setakat ini, kira-kira pada pukul 7.35 petang.

Masih ada beberapa kenderaan dilihat di perkarangan istana.

Ke mana arah sokongan Warisan, GPS?

7.30 petang: 

Jika perubahan kerajaan berlaku malam ini, antara faktor yang memungkinkannya ialah sokongan daripada Warisan dan GPS.

Terdahulu ada laporan bertentangan berkenaan siapa yang mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun, sumber dalaman PKR membayangkan Anwar mengharapkan GPS dan Warisan untuk menyokongnya, dan bukan Mahathir.

"Terutama GPS. Mereka ada ada pilihan raya negeri tahun ini dan ada kelebihan, maka mengapa mereka akan sertai Mahathir?" kata sumber itu.

Mahathir juga mencetuskan rasa tidak puas hati di Sabah apabila membuka cawangan Bersatu di sana, walaupun dibantah ketua menteri dan presiden Warisan, Shafie Apdal.

Tidak jelas apa yang menyebabkan mereka menyokong Mahathir.
GPS memegang 18 kerusi Parlimen, manakala Warisan sembilan.

Tanpa mereka, gabungan Bersatu, Umno PAS, dan 10 anggota parlimen PKR hanya memiliki 92 kerusi, kurang 20 kerusi untuk majoriti mudah dan membentuk kerajaan.
Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan tiba

7.25 petang: 
Hotel Sheraton, Petaling Jaya - Kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS baru sahaja tiba.

Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan dilihat masuk ke sebuah bilik di mana semua VIP berkumpul, diiringi Exco Melaka dari Bersatu, Rafiq Naizamohideen.

Ketika ditanya mengapa beliau berada di sini, Annuar berkata beliau datang untuk berjumpa "kawan-kawan MP".

Sumber: Bersatu, Umno, kem Azmin, GPS, PAS, Warisan di Istana Negara

7.11 petang: 
Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa enam parti yang kini berada di istana ialah Bersatu, Umno, PKR (kem Azmin), GPS, PAS dan Warisan.

Pemimpin yang ada di sana ialah:
Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu)
Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno)
Azmin Ali (timbalan presiden PKR)
Abang Johari Openg (presiden GPS)
Shafie Apdal (presiden Warisan)
Abdul Hadi Awang (presiden PAS)
Sumber itu berkata Dr Mahathir Mohamad turut ada namun seorang pembantu perdana menteri menafikannya.

Pemimpin, MP Umno tiba di Hotel Sheraton

7.05 petang: 
Hotel Sheraton, Petaling Jaya - Beberapa pemimpin Umno dilihat tiba di sini.

Antara yang dilihat ialah naib presiden Ismail Sabri serta anggota Majlis Tertinggi seperti Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), Shahidan Kassim (Arau) dan Azalina Othman Said (Pengerang).

Selain itu, anggota parlimen Umno yang turut ada ialah Ismail Muttalib (Maran), Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).
Anggota Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Noor turut dilihat ada di sini.

Sementara itu, pegawai presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Fadzlette Othman Merican turut dilihat. Mustapa Mohamed (Jeli) pula baru tiba.

Kesemuanya enggan menyatakan sebab keberadaan mereka.

PM tak akan buat sidang media, kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri

7 petang: Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengadakan sidang media malam ini.

Ia sebagai respons kepada permintaan pemberita yang inginkan pengesahan berkenaan kemungkinan ada sidang media atau pengumuman besar oleh perdana menteri nanti.

Jurucakap itu juga berkata Mahathir tidak akan ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, di mana beliau dikatakan akan mengadakan sidang media tersebut.


Sumber: Dr M, wakil 6 parti di Istana Negara

7 petang: Istana Negara -
Pemimpin daripada enam parti kini telah tiba di Istana Negara.

Bagaimanapun sumber itu tidak menyatakan nama parti tersebut.

Mahathir juga telah tiba.

Setakat ini, Malaysiakini boleh mengesahkan pemimpin GPS dan Umno dalam perjalanan ke istana.

Kumpulan lain yang terlibat dalam pertemuan hari ini termasuklah Bersatu, Warisan dan anggota parlimen PKR yang menyokong Azmin.

PAS pula mengadakan pemukiman dengan Umno di Janda Baik, Pahang, pada hujung minggu ini.

6.35pm:
Hotel Sheraton Petaling Jaya - Para penyokong mula berkumpul di sini, di mana pemimpin PKR yang menyokong Azmin sudah berada di sini sepanjang hari.

Rata-ratanya berlegar di hotel tersebut.
Kira-kira pukul sembilan pagi hari ini, pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar, Saifuddin Abdullah dan Rashid Hasnon sudah berada di sini.

Anggota parlimen PKR yang ada pula antaranya Willie Mongin (Puncak Borneo), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Mansor Othman (Nibong Tebal), Edmund.
Kereta Edmund Santhara Kumar (Segamat) pula dilihat di lobi hotel.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan sidang media di sini nanti.

Zahid sah ke Istana Negara

6.30 petang:
Istana Negara - Malaysiakini boleh mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perjalanan ke Istana Negara.

Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Satu lagi sumber Umno berkata pertemuan di istana sepatutnya berlaku lebih awal tetapi tertangguh kerana mesyuarat GPS berlangsung lebih lama daripada jangkaan.

Terdahulu kenderaan ketua GPS Abang Johari Openg dilihat ada di perkarangan istana.

'PAS tunggu dan lihat'

6.30 petang: 
Di saat beberapa pemimpin telah tiba atau dalam perjalanan ke Istana Negara, masih belum ada sebarang khabar berkenaan penglibatan PAS.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah memaklumkan pihaknya mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' berhubung spekulasi kemungkinan perubahan kerajaan, ekoran pertemuan kumpulan politik hari ini.

Katanya, setakat ini PAS tidak membuat sebarang mesyuarat tergempar.

"Saya ada di Kuala Lumpur, tak ada mesyuarat (PAS), saya ada urusan lain. Saya baru balik Janda Baik juga (pemukiman Muafakat Nasional).

"Kita pun tunggu dan lihat (perkembangan), sebab itu urusan PH dan perdana menteri," katanya.

Polis bersedia

6.20 petang: Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan polis dalam keadaan sedia untuk kemungkinan sidang media oleh Perdana Menteri Dr Mahathir MOhamad.

Ia selepas Malaysiakini memintanya mengesahkan berhubung makluman berkenaan kawalan keselamatan terhadap pemimpin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Mahathir dijangka mengadakan sidang media di sana selepas ke Istana Negara.

MP PKR beredar dari rumah Anwar

6.15 petang: Rumah Anwar, Segambut - Beberapa MP PKR yang menyokong Anwar dilihat beredar.

Antaranya Nik Nazmi (Setiawangsa), Johari Abdul (Sungai Petani), Saifuddin Nasution (Bandar Bahru Kulim), Wong Chen (Subang), Chang Lih Kang (Tanjung Malim), Lee Boon Chye (Gopeng), William Leong (Selayang), Fahmi Fadli (Lembah Pantai), Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Mereka enggan bercakap dengan pemberita.

Apakah Dr M ke Istana Negara?

6.10 petang: 
Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana berkata pihaknya menjangkakan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata Mahathir dijangka tiba lebih awal, tetapi belum berbuat demikian.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dilihat berada di perkarangan istana.
Zahid tak lama di PWTC

6 petang: 
PWTC - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Umno, tetapi tidak lama.

Sumber Umno mengatakan Zahid bergerak ke Istana Negara susulan rancangan sidang media di Hotel Sheraton Petaling Jaya, tetapi dakwaan itu tidak boleh disahkan secara bebas.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dijangka diadakan akan dipengerusikan oleh setiausaha agung Annuar Musa.

Penyokong Anwar tiba di Segambut

5.50 petang:
Rumah Anwar, Segambut - Kegiatan mula rancak apabila anggota parlimen PKR yang menyokong Anwar mula tiba di sini.
Antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).

Di tengah-tengah pergerakan politik hari ini, penyokong presiden PKR itu menggesa himpunan diadakan di sini.


5.38 petang: 
Hotel Ritz Carlton - Sejak pagi tadi tumpuan ke arah kem Azmin dalam PKR, Bersatu, GPS, PAS dan Umno.

Bagaimanapun Warisan juga kini tampak turut terlibat apabila presidennya Shafie Apdal dilihat berada di sini, di mana pemimpin GPS berkumpul.

Beliau tidak bercakap dengan pemberita dan terus masuk ke hotel.
Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.

5 petang: 

Ringkasan pertemuan dan perkembangannya:
Hotel Sheraton, Petaling Jaya - pemimpin PKR yang menyokong Azmin, beberapa pemimpin Bersatu.

Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur - Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan.

Istana Negara - Wartawan mula berkumpul sejak tengah hari tadi, konvoi kenderaan turut dilihat memasuki kawasan istana.

Rumah Anwar di Bukit Segambut - Penyokong mula berkumpul untuk majlis bacaan Yaasin dan sembahyang hajat.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - Pemimpin Umno berkumpul, ada yang masih dalam perjalanan.

Ibu pejabat PAS - Sumber PAS mengatakan mesyuarat mungkin diadakan malam ini, tetapi ia belum disahkan.

Pagi ini, sejumlah anggota parlimen PKR yang menyokong timbalan presiden Azmin Ali mula berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Ia terletak hanya kira-kira satu kilometer dari ibu pejabat Bersatu, di mana pemimpin parti itu turut bermesyuarat.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa kem Azmin mungkin akan bekerjasama dengan Bersatu. Bagaimanapun desas-desus politik kian meningkat apabila jelas parti pembangkang juga terlibat.

Di Hotel Ritz Carlton di Kuala Lumpur, pemimpin GPS diketuai Abang Johari Openg mula berkumpul pada tengah hari. 

Tidak jelas bila mereka tiba dari Sarawak.
Pada masa sama, pemimpin Umno, yang mengadakan pemukiman dengan PAS di Janda Baik, Pahang pagi tadi mula kembali ke ibu pejabat parti di PWTC, Kuala Lumpur, pada petang tadi.

Pemimpin DAP, Amanah, dan PKR yang menyokong presiden Anwar Ibrahim tampak tidak termasuk dalam pergerakan hari ini memandangkan beberapa yang dihubungi Malaysiakini, berkata mereka tidak tahu-menahu dengan apa yang berlaku.

Mereka yang terbabit pula mengunci mulut di tengah-tengah keadaan yang masih berlangsung.

SUMBER: MALAYSIA KINI, BERITA  HARIAN, MALAYSIA GAZETTE, SINAR HARIAN,
LihatTutupKomentar
Cancel