Mayat lelaki Indonesia ditemui


SONG: Mayat lelaki warganegara Indonesia ditemui terapung di Kem Iran, Song, Sungai Batang Rajang, di sini, pagi tadi.

Hasil daripada pengesahan pihak polis, difahamkan mayat tersebut adalah Harry Mahrain, 37,  yang dilaporkan hilang di jeti Pasar Baru, Kapit,Isnin lalu.

Ia berdasarkan pakaian terakhir mangsa adalah sama semasa mayat dijumpai. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 6.54 pagi.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song memaklumkan bahawa ada penemuan mayat terapung selepas menerima laporan daripada orang awam.

"Pihak Bomba bergerak ke lokasi iaitu di hilir sungai pekan Song bersama pihak Polis dan turut dibantu PBS Song," katanya di sini hari ini.

Katanya,mayat tersebut kemudiannya dibawa ke jeti Song untuk diserahkan kepada pihak polis di lokasi.
LihatTutupKomentar
Cancel