Merbin pindah tugas di IPD Kuching
SIMUNJAN: Ketua Polis Daerah(KPD) Simunjan, Superintendan Merbin Lisa berpindah tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Simunjan telah berlangsung di Bilik Gerakan IPD Simunjan hari ini.
Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Merbin Lisa kepada DSP. Nixon Joshua Ali ( Pegawai Turus (D10) Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak disaksikan AC Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak),ACP Martin Koo.
Berucap di majlis itu, Merbin menyeru anggota dan pegawai di IPD Simunjan meneruskan usaha mendampingi masyarakat setempat dengan mengadakan perjumpaan dan dialog bersama komuniti .
"Kesan perjumpaan seperti ini, banyak memberi input serta maklumat melibatkan jenayah seperti dadah dan lain-lain.
"Maklumat yang diperoleh dapat diambil tindakan serta - merta PDDM khasnya IPD Simunjan,"katanya.
Beliau turut berterima kasih atas kerjasama semua warga kerja IPD Simunjan yang sentiasa memberi 100 peratus usaha dan tenaga bersama dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
"Pihak polis bersama menjalankan program - program komuniti policing tanpa mengena penat lelah dan tenaga yang dicurahkan sehingga mendapat sambutan dan pujian masyarakat setempat,"jelasnya.