Miak Kabong menang Proton Iriz
KUCHING,15 Feb: Seorang guru sekolah rendah di pedalaman Song, Kapit, Mohd Fadhil Ismail, 31 terpilih memenangi hadiah utama sebuah kereta Proton Iriz dalam peraduan cabutan bertuah "Cruise & Win" anjuran Melaka River Cruise (MRC) dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) tahun lepas.
Guru terbabit berasal dari Kampung Hulu, Kabong itu telah menerima hadiah utama terbabit disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Azlan Abidin di majlis penyampaian hadiah peraduan itu di pusat beli belah Plaza Merdeka, di sini, hari ini.
Azlan di majlis itu juga menyampaikan satu hadiah misteri peraduan itu berupa satu set barang kemas kepada seorang lagi anak Sarawak iaitu Paulus Pengarah dari Sibu.
Fadhil berkata beliau menyertai peraduan cabutan bertuah our ketika mewakili Sarawak dalam satu acara sukan dan kebudayaan pendidikan di Melaka ketika cuti sekolah 16 Disember tahun lepas.
"Saya bersama enam rakan lain menaiki MRC dan mendapat sebanyak tiga borang peraduan itu. Saya mengisi dua borang terbabit manakala pengurus pasukan kami mengisi satu borang,"katanya.
Kemudian pada 26 Disember lepas, beliau terbabit dalam kemalangan di Sibu dan mengakibatkan kereta Produa Axia miliknya rosak teruk dan dihantar ke bengkel bagi dibaiki dan siap Januari lepas.
"Saya tidak ingat harinya pada Januari lepas, tetapi petang itu saya mengambil kereta Produa Axia yang sudah dibaiki di bengkel dan malamnya menerima panggilan dari MRC memaklumkan saya menang hadiah utama peraduan mereka,"katanya.
Fadhil berkata kereta Proton Iriz yang dimenanginya itu selepas ini akan ditinggalkan di rumah kawanya di Sibu kerana akan kembali ke sekolahnya di pedalaman Song mengunakan bot perahu panjang.
Sementara itu, Azlan Abidin berkata tahun ini peraduan terbabit akan menawarkan hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Produa Alza berharga RM62,000 selain
sebuah motosikal dan sebanyak lapan hadiah misteri.
"Hadiah ini juga kita berikan kepada warga tempatan sahaja dan bukan kepada warga asing untuk menghargai mereka mengunakan MRC,"katanya dengan pengunjung mengunakan MRC dengan membeli tiket bernilai RM200 dan keatas akan layak menyertai peraduan itu dengan tarikh tutupnya 31Disember 2020
keterangan gambar:
1. Azlan Abidin ( dua dari kiri) menyampaikan kunci kereta Proton Iriz kepada Mohd Fadhil Ismail (dua dari kanan) di majlis penyampaian hadiah peraduan cabutan bertuah ""Cruise & Win" di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.
2.Mohd Fadhil Ismail (kiri) bersama Proton Iriz yang dimenanginya dalam peraduan cabutan bertuah ""Cruise & Win" di majlis penyampaian hadiah terbabit di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.