RM30 juta untuk pusat pemulihan alam semulajadi


MIRI: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau bakal menyaksikan pembangunan yang berfokuskan kepada pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta diluluskan kerajaan negeri bagi pembinaan pusat pemulihan alam semulajadi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Datuk Abang Openg berkata, Nature Recovery Centre Piasau akan dilengkapi dengan kemudahan Teknologi Maklumat yang serba canggih dan terkini serta berupaya mengesan pergerakan pengunjung ketika berada di pusat berkenaan.

Beliau berkata, ciri-ciri ini tersebut akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Love Hornbills Day 2020 Sempena Sambutan Hari World Wetlands Day 2020 di Piasau Nature Reserve Miri hari ini,
 
Ketua Menteri berkata, pelancongan menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan Sarawak dalam menyokong kumpulan pencinta alam sekitar dan mereka yang menjalankan kajian dalam industri pemuliharaan alam semulajadi untuk generasi masa depan.

Jelas beliau, Miri mempunyai tiga tarikan utama iaitu Pusat Pemuliharaan Alam Semulajadi, Taman Marin dan khazanah seperti Gua Niah.

Dalam pada itu, Ketua Menteri memberitahu, beliau telah menyusun semula dasar berkaitan dengan kelestarian, pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi seluruh negeri ini agar SFC lebih fokus dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri.
LihatTutupKomentar
Cancel