Muafakat dan Bersatu calon Muhyiddin PM


KUCHING: UMNO dan PAS sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, gabungan Muafakat Nasional mempersembahkan nama Ahli Parlimen Pagoh itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO dengan 39 Ahli Parlimen dan PAS dengan 18 Ahli Parlimen bersetuju mencalonkan Muhyiddin.

“Bermakna seramai 57 Ahli Parlimen memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin,” katanya.

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Parlimen dihadiri 36 Ahli Parlimen Bersatu, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh antara nama disebut-sebut sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

LihatTutupKomentar
Cancel