Maut selepas kritikal dalam kemalangan


SARATOK: Penunggang motosikal yang kritikal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Persimpangan Pusingan 'P', Kilometer 72, Jalan Sarikei/Betong, di sini, semalam, meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Raphaellace Timoty ak Suat, 26, beralamat di rumah Mara, Sungai Belong, Melupa, Saratok menghembus nafas terakhir di hospital Sibu jam 4.52 pagi tadi.
 
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 4.45 petang semalam, motosikal Modenas Kriss yang ditunggang mangsa terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Hilux.

"Mangsa yang  parah di bahagian kepala 
telah dipindahkan dari hospital Saratok untuk menerima rawatan di hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan sudah tamat tempoh,

"Pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel