Muafakat Nasional sepakat mohon Agong bubar Parlimen
KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional semalam sepakat memohon kepada Yang di-Petuan Agong Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Parlimen dibubarkan.
Keputusan itu telah disampaikan oleh kesemua wakil rakyat Barisan Nasional dan Pas kepada baginda dalam pertemuan tengah hari semalam.
Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media khas Muafakat Nasional oleh Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hasan di PWTC.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut hadir. - Malaysia Gazette