Murid hilang dakwa dengar nama dipanggil
SIBU: Saya mendengar orang memanggil nama saya. Saya mencari dan berjalan ke arah suara itu.
Itu yang diceritakan kanak kanak kepada orang tua yang menemui beliau di sebuah perhentian bas.
Terdahulu, kanak kanak itu hendak ke tandas apabila mendakwa namanya dipanggil.
Dia berjalan ke arah suara itu sebelum tersesat.
Dia berjalan dari SK Sungai Menyan sebelum menjumpai sebuah perhentian bas di SK Sungai Senibong yang terletak kira kira 4 kilometer dari sekolahnya.
Sekitar jam 7 pagi, seorang lelaki tua menjumpai kanak kanak itu lalu membawanya balik ke rumah supaya dia dapat berehat.
Sebelum itu, kecoh apabila murid tahun dua SK Sungai Menyan yang hilang ketika pergi ke tandas asrama awal pagi tadi.
Mangsa 8 tahun ditemui orang awam di sebuah rumah kira-kira jam 11 pagi tadi.
Difahamkan dia tinggal di asrama pergi ke tandas kira-kira jam 4 higga 5 pagi, namun tidak kembali ke katil.
Semasa warden asrama membuat pemeriksaan pada jam 5 pagi kanak-kanak terbabit tiada di asrama.
Pihak sekolah membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan kanak-kanak terbabit serta operasi SAR dilancarkan.
Jurucakap bomba Sibu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8 pagi berhubung kehilangan pelajar terbabit.
*Salam Sejahtera Datuk ,Tuan dan Puan.*
Pihak Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sibu dalam satu kenyataan kepada media berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.48 pagi lalu bergerak ke lokasi pada jam 10. 10 dan tiba pada jam 10.40 pagi.
Agensi terlibat ialah APM Sibu, Polis, Bomba dan Pihak Sekolah
Mangsa sudah dijumpai oleh orang awam pada jam 11 pagi di sebuah rumah.