Kuching FA letak sasaran realistik

KUCHING: Skuad Kuching FA enggan mendabik dada dengan meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam saingan Liga Premier yag membuka tirai pada 29 Februari ini.

Pengurus Pasukan Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman, pihaknya hanya mensasarkan untuk berada dalam kelompok pertengahan liga.

Katanya, apa yang peting pasukan mahu kekal ke saingan liga untuk musim depan.

"Kami juga menyasarkan untuk sampai ke peringkat suku akhir saingan Piala FA," katanya semasa Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pasukan Liga Premier Dan Piala Presiden Kuching FA di Kuching malam semalam.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dato Posa Majais merasmikan pelancaran jersi pasukan itu.

Beliau berkata, Kuching FA akan mengadakan satu majlis pertemuan khas dengan para peminat sebelum saingan liga bermula kelak.

Kuching FA pada musim ini diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain import asing iaitu, penyerang Hudson Dia De Jesus, Leonardo Passos Alves, Yuta Suzuki dan pemain pertahanan Yuki Tanigawa.
LihatTutupKomentar
Cancel