OKU Raja Marathon teruskan berlatih masa kuarantin
Meskipun dikuarantin ekoran COVID-19, seorang pelari maraton di Zhejiang, tetap jalankan latihannya.
Lapor Oddity Central, Pan Chancu tetap berlatih dengan berlari dalam apartmentnya dengan jarak 50 kilometer bagi bersediaan untuk acara larian di masa akan datang.
"Saya sudah beberapa hari tak keluar rumah dan hari ini sudah tak boleh hanya berehat sahaja.
"Jom berlari keliling dua meja urut dalam bilik! Satu pusingan sekitar lapan pusingan dan saya telah berlari sejauh 50 km dalam masa 4:48:44 saat. Saya mandi peluh, berasa sangat bagus!," katanya yang membuat posting ke dalam akaun media sosialnya baru-baru ini.
Tambah Pan Chancu, cabaran dihadapinya dengan berlari selembut yang boleh untuk elakkan gangguan pada jiran di bawah.
Respect, tindakan Pan Chancu kemudian menjadi inspirasi kepada netizen lain. Pengajaran yang boleh diambil ialah walau apa berlaku, anda tetap boleh lakukan dengan mencari jalan bukannya alasan.
Setuju sik???