Pantai Kampung Batu Satu syurga bubuk segar

MIRI: Pasar Ikan Batu Satu hari ini terus menjadi tumpuan warga Miri dan Brunei untuk mendapatkan bubuk segar.

Sehingga petang tadi, orang ramai masih berebut-rebut mendapatkan bubuk yang baru diturunkan dari bot nelayan di sini.


Bubuk yang masih baharu ini dijual dengan harga yang boleh mencecah sehingga RM7 sekilo.

Warna bubuk yang kemerahan selain bersih amat sesuai untuk dijadikan cincaluk.

Selain pasar ikan, gerai-gerai di sepanjang pantai turut menjual bubuk dan hasil tangkapan laut seperti ikan dan udang.

Walaupun harganya agak mahal berbanding di pasar raya namun kesegarannya tiada tandingan.

Pasar ikan dan gerai ini terletak berhampiran Jalan Lutong- Kuala Baram, kira-kira setengah jam memandu dari pusat bandar.
LihatTutupKomentar
Cancel