Pelawak popular Abam meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelawak popular Abam Bocey,, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Abam , 32, meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” kata Ali dalam Astro Gempak.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi...pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.